Pelakon Batman Begins dan Star Wars terpesona dengar alunan azan, pertimbang masuk Islam

Pelakon Ireland Liam Neeson sedang mempertimbangkan untuk masuk Islam selepas terpesona oleh agama Islam ketika dirinya melakukan suting di Turki.

Bintang filem besar sebagai seorang Katolik taat ini pernah menjadi anak altar di gereja tempatan dan bahkan pernah dilantik untuk menjadi pendeta.

Namun, selama perjalanannya di Istanbul untuk suting sebuah filem, dia tergerak oleh suara azan, yang berkumandang lima kali sehari untuk memanggil umat Islam untuk beribadah.
Dia mengatakan, "Suara azan berlaku lima kali sehari dan untuk minggu pertama hal itu boleh membuat anda gila, namun kemudian suara azan akan masuk ke jiwa dan merupakan saat yang paling indah yang boleh dirasakan.

"Ada 4000 masjid di kota Istanbul. Beberapa masjid sangat menakjubkan dan itu benar-benar membuat saya berfikir untuk menjadi seorang Muslim."

Neeson mengakui dia selalu terpesona dan bingung oleh agama, menambah, "Saya dibesarkan sebagai seorang Katolik tapi saya setiap hari bertanya kepada diri saya sendiri, secara tidak sedar, apa yang kita lakukan di planet ini? Apakah ini semua?

"Saya selalu membaca buku tentang Tuhan atau ketiadaan Tuhan dan ateisme."



Comments