Masjid kayu berusia 300 tahun ini berjaya diselamatkan

Masjid kayu berusia 300 tahun yang terletak di Yenidogan, Wilayah Samsun, Turki berjaya diselamatkan dari kehancuran. Sebelumnya, masjid ini sempat dijual kepada seorang pengusaha roti tempatan yang merancang mengambil struktur bahagian bawah bangunan guna diambil kayunya.

Gabenor Samsun, Kadir percin merupakan pihak yang rancangan tukang kayu itu. Ia bersama pasukannya sedang menjalani protek Ambarkoy, yakni projek perlindungan kayu. Dari pasukannya, ia mendengar ada rencana pengusaha roti tempatan hendak menghancurkan bangunan masjid. "Kami akhirnya membeli kembali masjid itu untuk melindungi nilai sejarah masjid kayu," katanya seperti dilaporkan hurriyetdailynews.com, Khamis (2/8).

Percin menjelaskan sepanjang sejaragnya, masjid kayu terlah diubahsuai selama tiga kali. Untuk memelihara bangunan, masjid seluas 200 meter persegi itu akan diubahsuai guna menjaga struktur bangunan. "Kami jelas tidak mahu membiarkan bangunan masjid di rosak, lalu kami beli bangunan itu 2.500 Turki Lira," kata dia.

Menurut percin, ia akan mempertahankan asas dasar masjid. Lalu perubahan kecil akan dilakukan seperti pembuatan pintu masjid. "Bangunan asli tidak mempunyai pintu, sehingga kami buatkan pintu. Selebihnya, tetap seperti semula. Insya Allah, selesai tiga bulan," ujarnya. sumber republika.co.id

Comments