Misteri Neil Armstrong

Neil Alden Armstrong berjalan di permukaan Bulan dalam masa dua jam dan 32 minit. Langkah Armstrong di Bulan pada 20 Julai 1969 itu jadi momentum bersejarah. Ketika itulah lahir pernyataan Armstrong yang terkenal, 'one small step for a man, one giant leap for mankind'.

Rakan Armstrong, Edwin 'Buzz' Aldrin, mengikutinya di belakang. Aldrin hanya berjalan kurang dari 15 minit. Kedua astronaut tersebut kemudian memancangkan bendera Amerika Syarikat (AS), mengumpulkan sampel batuan, dan mengambil gambar sebelum kembali ke pesawat mereka.

Armstrong, yang hingga kini dipercayai sebagai manusia pertama yang berjalan di Bulan, menghembuskan nafas terakhir pada Ahad (26/8) dalam usia 82 tahun. Astronaut asal Wapakoneta, Ohio, Amerika Syarikat, itu meninggal akibat komplikasi prosedur jantung.
Sepanjang hidupnya, Armstrong dua kali melakukan perjalanan ke luar angkasa. Pertama apabila dia menjadi ketua pada misi pesawat Gemini 8 pada 1966. Perjalanan tersebut hampir berakhir pada bencana dan membuat Armstrong sempat kemurungan. Akan tetapi, pada misi keduanya bersama Apollo 11, Armstrong bersama Aldrin dan Michael Collins berjaya membuat sejarah dengan mendarat di Bulan. Perjalanan tersebut menghabiskan masa empat hari dengan jarak tempuh hampir 250 ribu batu atau sekitar 402 ribu kilometer.

Sekembalinya dari Bulan, ketiga astronaut itu dialu-alukan sebagai pahlawan. Tidak seperti Yuri Gagarin, kosmonaut asal Kesatuan Soviet yang merupakan manusia pertama melakukan perjalanan ke luar angkasa, ia tidak mahu masuk ke dalam ingar-bingar dunia selebriti.
Minatnya untuk melakukan perjalanan ke luar angkasa memang menjadi keinginan Armstrong sejak kecil. Sedari usia kanak-kanak, lelaki kelahiran 5 Ogos 1930 itu sudah menjadi juruterbang. Ia bahkan telah mendapatkan izin pilotnya dalam usia 16 tahun.

Pada masa remajanya Armstrong mempelajari teknik penerbangan dan berjaya mendapatkan ijazah dari Purdue University dan University of Southern California. Ia sempat berkhidmat untuk Angkatan Laut dan menjalani 78 misi peperangan semasa Perang Korea. "Ia adalah yang terbaik dan saya akan sangat merindukannya," kata Collins.

Seusai misi bersejarah di Bulan, Armstrong bekerja untuk NASA. Namun tak lama, ia keluar dari tempat tersebut dan mengajar teknikal di University of cincinatti hingga hampir satu dekad.
'' Banyak orang tidak tahu siapa Armstrong'', dengan kata-kata itulah Tom Wolfe memperkenalkan Neil Armstrong di dalam karya masterpiece-nya The Right Stuff. Armstrong adalah watak nyata yang ditulis Wolfe dalam bukunya tersebut.

Banyak misteri yang menyertai Armstrong, termasuk soal teori konspirasi yang menyatakan pendaratan manusia di Bulan adalah sebuah kebohongan. AS diduga melakukan kejuruteraan untuk memenangi Perang Dingin dengan Kesatuan Soviet dan membina imej selepas kekalahan dalam perang Vietnam. Debat soal ini telah berlangsung selama beberapa dekad.

Armstrong tidak banyak mengulas soal konspirasi ini. Dia hanya menyebut alasannya pergi ke Bulan adalah sifat manusia yang suka menghadapi cabaran. Beberapa laman internet dan blog juga pernah menyebut Armstrong menjadi Muslim setelah mendengar suara azan di Mesir kerana suaranya sama seperti yang pernah ia dengar ketika di Bulan. Namun, khabar itu tak pernah dapat dibuktikan.
Sumber reuters

Comments

pembohongan USA mengenai misi ke bulan. fikir2kan soalan ini:
1. pada tahun 1966, teknologi apakah yang membolehkan USA menghantar Apollo ke bulan?
2. bagaimana pula angkasawan boleh terbang semula ke bumi dalam keadaan bulan yang tiada graviti?
3. bagaimana kapal angkasa Apollo dapat menyimpan tenaga untuk pergi dan balik dari bumi-bulan-bumi?
4. kesemua adalah rakan pentas kerana USA takutkan Rusia.

Buatlah kajian sedalam2nya dan jangan mempercayai karoot kerajaan USA