Bangsa Jepun adalah suku Yahudi yang hilang - pengkaji sejarah Arimasa Kubo

Bagaimana mungkin Jepun, negera yang terletak agak jauh dari Mesir, pusat dan asal dari Kabbalah (ajaran Yahudi) mempunyai kaitan dan bahkan diyakini masih satu hubungan darah. Bukankah orang Jepun mempunyai kepercayaan sendiri yang diberi nama Shintoisme dan orang-orang Israel juga mempunyai kepercayaan sendiri yang dinamakan Agama Yahudi dengan kitab Talmudnya?

Sebuah fakta menarik akan didedahkan di sini, persoalan besar yang akan dijawab dari dua penyelidik sejarah Jepun-Yahudi yakni Arimasa Kubo dan Joseph Eidelberg. Kedua-dua bangsa yang berbeza, Jepun dan Yahudi, ternyata mempunyai banyak persamaan dalam tradisi kunonya.

Yang pertama bernama Arimasa Kubo. Dia merupakan orang Jepun asli yang dilahirkan di bandar Itami di Hyogo tahun 1955 dan lulusan dari Tokyo Bible Seminary pada tahun 1982. Di usia ke 22 tahun Arimasa Kubo telah mendapat kepercayaan untuk memimpin majalah penginjilan Remnant dan berkhidmat di Gereja Tokyo selama enam tahun. Ketika ini, Pendeta Arimasa Kubo memimpin Remnant Publishing dan pensyarah tetap di Bible and Japan Forum.

Arimasa Kubo melakukan kajian terperinci tentang tradisi asal bangsa Jepun dan Yahudi. Dia mendapati banyak persamaan antara kedua-duanya sehingga meyakini jika nenek moyang bangsa Jepun sebenarnya masih berdarah Yahudi dari suku yang hilang. Hasil penelitiannya ini diterbitkan dalam banyak artikel dan buku. Salah satunya buku berjudul "Israelites Came o Ancient Japan".

Sedangkan yang kedua, Joseph Eidelberg yang merupakan penyelidik berdarah Yahudi yang menulis buku "The Biblical Hebrew Origin of the Japanese People".

Di bawah ini Kami paparkan sebahagian kecil persamaan antara tradisi kuno bangsa Jepun dengan tradisi kuno bangsa Yahudi atau Bani Israel yang berasal dari buku Pendeta Arimasa Kubo tersebut.

Ontohsai Dan Kisah Ishaq

Salah satu kesamaan antara tradisi kuno bangsa Jepun dengan Yahudi terdapat dalam upacara tradisional. Ada sebuah festival atau upacara di Jepun yang menggambarkan kisah Ishaq. Di wilayah Nagano, Jepun, terdapat sebuah kuil besar Shinto bernama "Suwa-Taisha". Shinto sendiri merupakan agama tradisional asli Jepun yang menyembah Amaterasu, Dewa Matahari, sama seperti bangsa Mesir kuno yang menyembah Dewa Ra, Dewa Matahari.

Setiap tarikh 15 April, di Suwa-Taisha diadakan festival tradisional bernama "Ontohsai". Festival ini menggambarkan kisah Ishaq seperti yang terdapat dalam Bab 22 Kitab Kejadian (Genesis), iaitu kisah mengenai Ibrahim yang hendak mengorbankan anaknya sendiri, Ishaq. Festival "Ontohsai" ini diadakan sejak zaman dahulu kala dan dianggap sebagai festival terpenting di "Suwa-Taisha".
Di sebelah kuil "Suwa-Taisha", ada sebuah gunung bernama Gunung Moriya (dalam bahasa Jepun disebut "Moriya-san"). Penduduk di kawasan Suwa memanggil dewa Gunung Moriya dengan sebutan "Moriya no kami", yang bermaksud "dewa Moriya". Pada festival tersebut, seorang anak laki-laki diikatkan dengan tali pada sebuah tiang kayu, lalu ditempatkan di atas tikar buluh. Seorang paderi Shinto menghampiri sang anak sambil menyiapkan sebilah pisau. Sebelum pisau itu diayunkan, tiba-tiba datang seorang pembawa mesej yang kemudian membebaskan kanak-kanak lelaki itu daripada ritual korban. Hal ini tentu saja mengingatkan kita pada kisah ketika Ishaq dibebaskan setelah malaikat datang pada Ibrahim.

Ritual serupa juga terdapat dalam tradisi umat Islam yang dikenali dengan Iedul Adha, hanya dalam Islam yang akan dikorbankan oleh nabi Ibrahim adalah Ismail bukan Ishaq seperti pemahaman umat kristian. Hanya di Jepun, pada festival ini yang dikorbankan adalah 75 ekor rusa, yang satu di antaranya diyakini cacat telinganya. Rusa ini dipercayai telah disediakan oleh tuhan. Hal ini mungkin ada kaitannya dengan biri-biri jantan yang dipersiapkan tuhan dan kemudian dikorbankan setelah Ishaq bebas. Namun di zaman dahulu, penduduk berfikir bahawa kebiasaan pengorbanan rusa ini adalah hal yang aneh, sebab pengorbanan binatang bukanlah sebuah tradisi Shintoisme.

Penduduk menyebut festival ini sebagai "festival untuk dewa Misakuchi". "Misakuchi" mungkin berasal dari "mi-isaku-chi". "Mi" bererti "besar", "isaku" mungkin saja "Ishaq" (dalam bahasa Hebrew adalah "Yitzhak"), dan "chi" adalah sesuatu (seperti zarah-pen) yang digunakan untuk akhir suatu kata. Nampaknya penduduk Suwa menjadikan Ishaq sebagai dewa, mungkin kerana pengaruh dari para kaum pagan.

Kini upacara pengorbanan kanak-kanak lelaki pembebasannya itu tidak lagi dipraktikkan, tapi kita di sana masih boleh melihat tiang kayu yang disebut "oniye-basira" yang bererti "tiang pengorbanan" (sacrifice-pillar). Kini penduduk menggunakan haiwan tiruan sebagai pengganti bintang asli dalam melaksanakan pengorbanan. Bagi rakyat di zaman Meiji, lebih kurang satu abad silam, mengikat seorang anak laki-laki yang diikuti dengan pengorbanan binatang dianggap sebagai perbuatan biadab, dan kebiasaan tersebut dihentikan. Tapi festival itu sendiri sehingga hari itu masih berlangsung.

Upacara pengorbanan kanak-kanak lelaki tersebut dipertahankan hingga permulaan zaman Meiji. Masumi Sugae, seorang terpelajar Jepun dan pencatat perjalanan yang hidup di zaman Edo, lebih kurang dua abad silam, menuliskan catatan perjalanannya dan mencatat apa yang ia lihat di Suwa.
Catatan ini memperlihatkan keterangan terperinci mengenai "Ontohsai". Catatan ini mengatakan bahawa upacara pengorbanan kanak-kanak lelaki dan pembebasannya tersebut, serta binatang korban, masih berlangsung pada zaman Sugae. Catatan Sugae ini disimpan di museum dekat Suwa-Taisha.

Festival ini dipertahankan oleh keluarga Moriya sejak zaman dahulu kala. Keluarga Moriya berfikir bahawa "Moriya-no-kami" (dewa Moriya) adalah dewa leluhur mereka. Dan mereka berfikir bahawa "Gunung Moriya" adalah tempat suci mereka. Nama "Moriya" mungkin berasal dari "Moriah" (dalam bahasa Hebrew adalah "Moriyyah") yang juga terdapat dalam Injil kitab Kejadian 22: 2. Keluarga Moriya menganjurkan festival tersebut selama 78 generasi. Diterjemahkan dari sumber islampos.com

Comments

Anonymous said…
iya... anak ilang yg ke 13...
haha.....