Pemimpin perempuan penghuni syurga

Dari Abu Sa'id Al Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda, Abu Bakar dan Umar adalah dua orang pemimpin golongan pertengahan umur penghuni surga, dari orang orang yang terdahulu dan yang datang kemudian. "

Dari Abu Said Al Khudri ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Hasan dan Husain adalah dua pemimpin pemuda penghuni syurga."

Pemimpin yang benar adalah yang memuji Tuhannya dan bersaksi kepadaNya. Sedangkan, pemimpin perempuan yang mulia adalah yang redha dengan TuhanNya dan menerimaNya dengan baik. Perempuan yang paling utama adalah mereka yang menghuni syurga na'im kerana para perempuan penghuni syurga tetap lebih utama. Adapun para pemimpin perempuan penghuni syurga adalah Khadijah, Fatimah, Maryam, dan Asiah.

Dalam Musnad karya Ahmad, Musykilul Atsar karya Ath Thahawiy, dan Mustadrak karya Hakim, disebutkan dengan sanad yang sahih dari Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah SAW menggaris di atas tanah dengan empat garis, kemudian bersabda, "Tahukah kalian apa ini." Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Kemudian, beliau bersabda lagi, "Perempuan penghuni syurga yang paling utama adalah Khadijah binti Khuwalid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran, dan Asiyah binti Muzahim, isteri Firaun."

Maryam dan Khadijah adalah yang lebih utama di antara mereka. Dalam Shahih Bukhari dari Ali bin Abi Talib bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik baik perempuan adalah Maryam dan sebaik baik perempuan adalah Khadijah."

Diterjemahkan dari sumber eramuslim.com

Comments

ijoks2009 said…
Terimakasih kepada admin kerana tidak pernah jemu berkongsi maklumat yang bermanfaat kepada pembaca.