Dajjal Menggunakan Telinganya Sebagai Kenderaan

Di dalam hadis yang di riwayatkan oleh Imam hakim di dalam mustadraknya menyebutkan .
” Kenderaan dajjal ialah seekor binatang antara jarak kedua telinganya adalah 40 hasta ”
Adakah ia Kapal Terbang atau sesuatu yang lain.
Kalau kapal terbang kenapa dalam hadis itu ia tidak dikatakan sayap, tetapi kenapa dikatakan ia mempunyai telinga. Adakah Nabi Muhammad bermaksud bahawa telinga itu suatu perkara yang lain lagi?
Kalau nabi Muhammad saw bermaksud bahawa telinga itu sayap, maka tidakkah Nabi Muhammad saw tahu perbezaan antara sayap dan telinga?
Malaikat yang terbang dan dinyatakan di dalam al-Qur’an Surah Fatir ayat 1 menggunakan sayap.
Burung-burung yang berterbangan menggunakan sayap disebutkan dalam surah al-An’am ayat 38.
Serengga juga terbang dengan menggunakan sayap. Tidak pernah ada binatang atau malaikat yang terbang menggunakan telinga.
Oleh itu, bagaimanakah kenderaan Dajjal itu boleh terbang dengan telinganya pula. Atau mungkin telinga itu bermaksud telinga yang lain.
Saya berpendapat Telinga yang di maksudkan di dalam Hadis itu ialah telinga yang lain yang menunjukkan juga kebenaran Nabi Muhammad saw dan bertapa benarnya Baginda itu dan bertapa ajaibnya taqdir Allah swt ke atas alam ini.
Telinga itu adalah telinga Satellite :
Panjangnya lebih kurang 30 hingga 40 hasta.
Ia sememangnya dibuat bagai sebuah telinga untuk mendengar dan mengesan pancaran signal yang diarahkan kepadanya.
Kenderaan ini adalah simbolik yang lebih tinggi daripada mana-manapun kenderaan yang wujud dimuka bumi ini, kerana ia cukup berupaya untuk membawa apa-apapun gambaran atau suara.
Kenderaan ini amat canggih sehingga boleh menghantar berita atau pengaruh dajjal seseluruh dunia dalam satu saat sahaja.
Kenderaan Dajjal ini amat canggih dan boleh mempengaruhi manusia 24 sehari tanpa henti. Selepas menaiki kenderaan ini, pengaruh yang dibawa akan dipancar ke TV, atau Telipon atau Computer di rumah-rumah.
Manusia sekarang sudah bertuhankan Dajjal dengan adanya kenderaannya ini.
Tanpa Dajjal, sebahagian manusia tidak akan sanggup lagi hidup. Kalau tidak percaya tanyalah orang-orang yang sudah dikuasai Dajjal, adakah mereka sanggup hidup tanpa TV, Telefon dan Computer?
*sumber dari muhdhazrie.wordpress.com

Comments