Donald Trump Mahu Tutup Sejumlah Masjid di AS


Bakal calon presiden dari Parti Republik, Donald Trump, berkata, Amerika Syarikat harus benar-benar melakukan pertimbangan untuk menutup sejumlah masjid di negara itu. Hal itu dikatakan Donald Trump sebagai sebahagian daripada usaha mencegah serangan garis keras di negara itu.

"Kita harus mengawasi dan meneliti masjid-masjid itu, kerana banyak perbincangan berlaku di tempat-tempat itu," kata Trump kepada stesen televisyen MSNBC seperti dikutip dari Antara, 

Perdana Menteri Perancis Manuel Valls mengatakan, Senin, masjid-masjid dan kumpulan radikal yang menyerang nilai-nilai negaranya harus ditutup.

MSNBC melemparkan soalan kepada Trump, apakah dia akan melakukan perkara yang sama di Amerika Syarikat jika dirinya terpilih sebagai presiden.

"Saya tidak akan suka melakukannya, tapi ini sesuatu yang perlu benar-benar kita pertimbangkan," tambahnya.

"Kerana beberapa idea dan kebencian datang dari tempat-tempat ini."

Trump yang memimpin persaingan dalam pencalonan presiden 2016 dari Parti Republik, menunjuk pada 'pengawasan sangat baik' yang dilakukan pemerintahan negara bahagian New York sebelum ini terhadap tempat-tempat ibadah kaum Muslim, terutama selepas berlakunya serangan 11 September 2001. Dia menganggap pengawasan seperti itu perlu diteruskan .

Sebahagian besar pesaing Trump di Parti Republik belum mencadangkan agar masjid-masjid ditutup. Namun setelah serangan Paris, banyak di antara mereka, dengan alasan keselamatan, menentang Amerika Syarikat untuk membenarkan para pelarian Syria masuk ke AS.

Comments