Pelepah Kurma yang Merindukan Rasulullah SAW


Kita semua telah mendengar bahawa Rasulullah diutus sebagai rahmat bagi seluruh alam, Rahmatan lil Alamin. Artinya, rahmat dan kasih sayang beliau meliputi seluruh makhluk yang ada di alam ini.

Tak hanya makhluk hidup, Rasul pun mempunyai rasa kasih terhadap benda-benda mati.

Dikisahkan bahawa pada hari Jumaat, biasanya Rasulullah menyampaikan khutbah Jumaatnya dengan menyandar pada pelepah kurma. Seiring berlalunya waktu, umat Muslim semakin banyak dan jamaah pun bertambah. Sehingga beliau tak terlihat oleh jamaah yang berada di saf-saf belakang.

Akhirnya para sahabat mengambil inisiatif untuk membuatkan mimbar yang agak tinggi, agar semua jemaah solat dapat melihat beliau.

Ketika pertama kali khutbah solat Jumaat menggunakan mimbar, ada suara rintihan yang kedengaran di sela Rasul berkhutbah. Para sahabat terheran, dari mana suara itu.

Kemudian Rasul pun turun dari mimbar dan mendekati pelepah kurma yang ada di pojok masjid. Ternyata suara rintihan itu berasal dari pelepah yang telah digantikan dengan mimbar yang baru.

Rasul pun membelai dan memeluk pelepah itu hingga rintihannya tak terdengar lagi. Kemudian beliau kembali ke mimbar dan bersabda,
"Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, andai aku tidak menenangkan pelepah itu maka ia akan terus merintih hingga hari kiamat."

Dan pada akhirnya pelepah itu diambil dan dikuburkan di bawah mimbar Rasulullah saw.

Kisah yang begitu mengharukan. Di satu sisi Rasulullah begitu penyayang kepada seluruh makhluk dan di sisi lain ada pelepah kurma yang merintih kerana ditinggalkan oleh beliau.

Persoalannya, pernahkah kita menangis kerana rindukan Baginda Nabi? Pernahkah kita bersedih kerana dosa-dosa yang semakin menjauhkan kita dari jiwa suci beliau?

Semoga Allah Memaafkan dosa-dosa kita dengan berkat sholawat kepada beliau dan keluarganya.

*sumber http://www.jurnalhajiumroh.com/

Comments