Solat Jumaat Terbesar di Jalanan Semasa Zaman Kegemilangan Islam

Membaca adanya perdebatan mengenai solat Jumaat di jalanan dan bukan di Masjid merupakan bidaah, adakah amalan ini pernah dilakukan umat Islam sebelum ini. kita boleh buka buka buku sejarah Islam sebelum ini.


Tahukah anda, solat Jumaat termegah dan paling lama pernah berlaku pada tahun 1453 dilakukan oleh Sultan Muhammad Al Fath. Termegah kerana solat itu dilakukan di jalan menuju konstatinopel dengan jamaah yang membentang sepanjang 4 km dari Pantai Marmara hingga Selat Golden Horn di utara,
Solat Jumaat tesebut terjadi 1.5 KM di depan benteng Konstantinopel, dalam proses Penaklukan Konstantinopel oleh Sultan yang kemudian menamatkan sejarah Empayar Byzantium dan menjadi cikal bakal kekhalifahan Uthmaniyah.

Penaklukan Konstantinopel merupakan pembuktian atas kabar gembira "Bisyarah" atau nubuwat yang disampaikan oleh Rasulullah kepada sahabat sahabatnya, bahawa negara kuasa besar seperti Rom akan dapat dikalahkan oleh kaum Muslimin.

Abdullah berkata: Ketika kita sedang menulis di sekitar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, beliau ditanya: Dua kota ini manakah yang dibuka lebih dulu: Konstantinopel atau Rumiyah?

Rasul menjawab, "Kota Heraklius dibuka lebih dahulu." Yaitu: Konstantinopel.
(HR. Ahmad, ad-Darimi, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Solat Jumaat termegah di jalanan, yang menghantar umat membuka lembaran baru nubuwat Rasul dalam penaklukan Constantinople.

sumber dari eramuslim.com

Comments